Selasa, 8 Januari 2013


Latihan 2
Nilai-nilai murni
Arahan:
Senaraikan nilai-nilai murni yang terdapat dalam pantun nasihat di bawah.
Angin teluk menyisir pantai,
Hanyut rumpai di bawah titi.
Biarlah buruk kain dipakai,
Asal pandai mengambil hati.

Pergi mendaki gunung daik,
Hendak menjerat kancil dan rusa.
Bergotong-royong amalan yang baik,
Elok diamalkan setiap masa.

Air melurut ke tepian mandi,
Kembang berseri bunga senduduk.
Elok diturut resmi padi,
Semakin berisi semakin tunduk.

Daun sirih ulam Cik Da,
Makan sekapur lalu mati.
Walaupun banyak ilmu di dada,
Biar menunduk seperti padi.

Sila siapkan latihan ini dalam buku Bahasa Melayu 1 dan hantar pada Cikgu Iqbal pada hari Selasa, 15 Januari 2013.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan