Rabu, 30 Januari 2013

Latihan 6

Sila bina ayat berdasarkan penjodoh bilangan di bawah:

1) baris

2) batang

3) bentuk

4) biji

5) bilah

6) buku

7) bungkus

8) hiris

9) ikat

10) potong

Sila buat latihan ini dalam Buku Latihan 1 Bahasa Malaysia dan serahkan kepada cikgu pada hari Jumaat 25 Februari 2013 selepas cikgu pulang berkursus.

Isnin, 28 Januari 2013

Latihan 5

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. 


1. Dalam cerita-cerita zaman dahulu, Sang Kancil ialah seekor __________ yang pintar.

A orang              B haiwan                 C makhluk            D ternakan

2. Kebanyakan penduduk di Kampung Merbau bersawah ___________.
A kelapa sawit          B bunga             C getah               D padi

3. Banyak makan __________ bererti banyak pengalaman hidup
A hati                        B ubat                C gula                 D garam

4. __________ ialah hasil kraf tangan Malaysia yang diminati oleh para pelancong.
A Batik                    B Dodol                C Gamelan      D Tarian Inang

5. __________ Puan Suziana yang kemas dan cantik itu menarik perhatian saya.
A Nyanyian            B Masakan            C Pakaian       D Tarian

6. __________ itu terlalu kacak jika dibandingkan dengan adik-beradiknya yang lain.
A Gadis              B Wanita                  C Pemudi        D Pemuda

7. Pakaiannya yang celorong-celoreng itu menampakkan dia seorang __________.
A doktor           B perwira                    C mekanik      D pemandu

8. Mereka selalunya bermesyuarat di __________.
A bilik gerakan    B bilik bacaan          C bilik stor       D bilik air

9. Sebahagian __________ tingkap rumah Nenek Mah telah reput.
A sumpah-sumpah   B angkut-angkut   C kisi-kisi     D api-api

10. Mak Leha sedang menuang air ke dalam __________ itu.
A labu-labu      B kisi-kisi      C dekak-dekak           D kuda-kuda

11. __________ cemerlang itu terpilih untuk menyambung pelajaran ke Jepun.
A Budak-budak   B Kanak-kanak    C Lelaki-lelaki   D Pelajar-pelajar

12. __________ di lembah itu sangat sesuai untuk tanaman padi.
A Batu-batan   B Tanah-tanih       C Bukit-bukau    D Kayu-kayan

13. Meja kayu jati yang antik itu diletakkan di __________ ruang tamu.
A dalam                B bawah        C tengah                     D atas

14. __________ yang telah busuk itu dibuang ke dalam tong sampah.
A Buah-buah      B Buku-buku   C Bekas-bekas     D Barang-barang

15. Setiap petang, adik Lela bermain buaian dengan
kawan-kawannya  di _________ pokok rambutan.
A tepi                B atas              C bawah                D belakang

16. Cikgu Rozita merupakan bekas __________ di Maktab
Perguruan Perempuan Melayu, Melaka.
A murid            B pelatih           C pelajar                 D mahasiswa

17. __________ kelapa yang sudah berkaparan di tepi pantai itu.
A Daun            B Batang           C Pelepah              D Mayang

18. Posmen itu menyerahkan sepucuk __________ kepada Pak Cik Kassim.
A poskad        B majalah          C surat khabar      D surat berdaftar

19. Pak Meon menghalau sekumpulan __________ yang masuk ke dalam kebunnya.
A Arnab          B Kucing           C kambing            D kura-kura

20. Encik Salleh berasa bangga apabila memandu kereta Ptoton buatan __________.
A Malaysia      B Korea            C Jepun                 D China

Assalamualaikum, untuk pengetahuan murid-murid, cikgu akan berkursus selama 5 hari di Seremban bermula 29 Januari 2013. Oleh itu, murid-murid dikehendaki menyiapkan latihan di bawah dan hantar kepada saya pada 4 Februari untuk semakan jawapan.

Selasa, 8 Januari 2013

Latihan 4

Pemahaman

Arahan: Berdasarkan klip video di bawah, pilih watak kegemaran anda dan huraikan perwatakan  yang terdapat dalam video tersebut. Huraian anda hendaklah menerangkan kenapa anda memilih watak tersebut serta nilai-nilai murni yang terdapat dalam watak yang dipilih.
Panjang huraian hendaklah tidak lebih daripada 150 patah perkataan.


Sila siapkan dalam buku Bahasa Melayu 2 dan hantar kepada Cikgu Iqbal pada hari Rabu, 16 Januari 2013.


Latihan 2
Nilai-nilai murni
Arahan:
Senaraikan nilai-nilai murni yang terdapat dalam pantun nasihat di bawah.
Angin teluk menyisir pantai,
Hanyut rumpai di bawah titi.
Biarlah buruk kain dipakai,
Asal pandai mengambil hati.

Pergi mendaki gunung daik,
Hendak menjerat kancil dan rusa.
Bergotong-royong amalan yang baik,
Elok diamalkan setiap masa.

Air melurut ke tepian mandi,
Kembang berseri bunga senduduk.
Elok diturut resmi padi,
Semakin berisi semakin tunduk.

Daun sirih ulam Cik Da,
Makan sekapur lalu mati.
Walaupun banyak ilmu di dada,
Biar menunduk seperti padi.

Sila siapkan latihan ini dalam buku Bahasa Melayu 1 dan hantar pada Cikgu Iqbal pada hari Selasa, 15 Januari 2013.


Latihan 3

Berdasarkan bahan rangsangan di bawah, sila hayati bahan rangsangan di bawah. Kemudian, sila bina ayat tunggal yang sesuai dengan situasi video berkenaan.


Sila hantar hasil kerja anda kepada Cikgu Iqbal pada hari Khamis, 17 Januari 2013.

Isnin, 7 Januari 2013

Latihan 1

Karangan Profil

Arahan: Berdasarkan gambar berikut, bina sebuah karangan pendek bertajuk "Aku Seekor Katak". Panjang karangan antara 100-150 patah perkataan.

Sila tulis dalam buku latihan dan hantar kepada saya pada hari Isnin, 14 Januari 2013.


Budak-budak pergi mencari lebah,
ke sana ke mari tanpa jemu.
Apa yang kurang boleh ditambah,
itulah adat perkongsian ilmu.